Hari tu aku ada masukkan entry pasal sandal aku terkopak. Sabtu lepas aku dah beli baru. Hari ni, sandal baru terkoyak.
Pukul 8.30pagi. Okay, salah kaki aku yang macam gajah ni ke atau salah sandal yang berharga 29ringgit 90 sen tu? Atau samada kaki aku ni memang pakai sneakers je atau La Primavera babeeyyy? Jadi sekarang aku dalam perjalanan ke Seremban dengan memakai selipar baru encek hami yang ternyata lebih besar daripada kaki aku yang halus tulus mulus ni.
Pukul 10.15pagi. Ni kali kedua aku sampai stesen Seremban. Mak aihh..ramai plak pakai baju kurung ber-matching-kan tudung hitam. Termasuklah aku. Budget macam ayu ayu. Tapi, with Flipper the Selipar, i know that i'm just different from others. Haha! Morning incident yang malang. Luckily encek hami sudi bagi pinjam selipar baru dia. Tapi takda benda yang paling memalukan selain kalau korang memakai selipar getah yang besar dari kaki korang dan yang akan mengeluarkan bunyi FLIP FLIP yang sangat kuat. uuuu..
Owh owh, berada di luar lingkungan wilayah persekutuan atau selangor always makes me like an outsiders. Hello. Seremban je pun. Bukan UK. Masalahnye, i always have this awkward and weird feeling yang negeri lain ade sistem yang totally lain dari KL. haha! bangang. Lame gile okay. Ni menunjukkan aku memang jarang ke luar daerah mahupun negeri. Owh..i need at least one experience as a backpackers. Teringin wei. Nampak macam indipendent sikit.
Pukul 12.30tengahari. Sampai tempat yang ditujui. Kenduri Kak Zila. Die sekarang dah tak jadi designer dah. She totally change to another profession - pegawai kat jabatan IMEGRESEN. Wuuu..tak la sanggup aku nak lari totally different daripada ape yang aku tau dan belajar. heheh! Dia memang berani. Sampai dekat sana, si Fida direla paksa jadi Pengapit Terjun. haha! nice.
Pukul 2petang. Rehat kat rumah Ila. Then gerak balik ke rumah makcik Fida kat Seremban.
Pukul 7.30malam. Sampai Ampang. Makan burger. Borak dengan encek hami. Tido.
A lot of thing merisaukan aku this lately,
+badan makin naik
+mulut makin celupar
+kerja tak tentu hala..kerja tapi tanpa tujuan
+lebih suka buat hobi dari kerja
+kurang bercakap
+lebih suka layan perasaan bila time nak tido
+relate dengan perkara pertama tu..aku rase sekarang makin banyak makan
+berangan untuk bersenam..tapi tak buat
+terlampau obses dengan encek hami
+kurang luangkan masa untuk diri sendiri..tak menghargai masa
+banyak benda planning dalam otak..tapi tindakan dengan anggota langusng tak buat.
There....banyak gile senarai yang macam bangang.
Owh owh..ni senarai benda yang aku nak tapi tak realisasikan lagi,
+kuruskan badan – aku nak kurus tang paha, perut, punggung and bahu. Muka tak mau kurus sebab nampak macam sangat panjang dan kurus.
+buat cermin mata – ha ni satu benda yang aku tak buat for last four years. Dua2 skru ni dah gone with wind. Batang cermin mata aku dok pakai sekarang pun mix and match dari cermin mata ayah aku jenama bonia. Kellllasss. ;D dua dua cermin ni pun dah hundred time scratch. That’s why, bila bukak lampu time malam..mata aku silau. Sebab terlebih scratch kat cermin. ;D
+beli sandal / kasut – sandal yang aku pakai sekarang dah terkopak. Mula mula kopak blah kanan then bila dah tampal, koyak blah kiri plak. Satu hari tu, aku terpaksa kepit bahagian yang terkorak kat celah celah jari kaki, konon bagi tahan sikit untuk jalan balik rumah. Owh, sekarang bila aku pi ofis, aku pakai kasut sekolah anak jiran aku jenama converse kaler putih. Rasa stailo sikit. ;D
+have my own Dslr – owh, this one is really difficult to make it happen, kena kumpul duit, ikat perut macam orang anaroxia..then baru boleh dapat sebijik kamera. Haha! That’s what i thought and planning to do so. Seriously, without a camera on my hand..life aku gila bosan, rasa tak tentu hala kalau tak dapat snap gambar.So, for the last 4 months, i’ve been using a lot my handphone camera. Jadila..dari takda amik gambar langsung. 2megapixel dude. Hantam sajala labu.
Insyallah, next year awal bulan januari, aku rase dapatla sebijik dslr. I hope so. ;D
+tunang? Kahwin? – naaaahhh....aku takda duit langsung. Sangap bai. Pasal ni ape2 je la. Takda perkataan pun nak tulis.
okay. first word adalah gila.
keadaan aku sekarg macam dah mencapai tahap kronik,anytime boleh koma.
dah beberapa tahun berpacaran, sometimes buat aku rase kurang teruja. bukan kurang teruja terhadap dia tapi aku tak mau kami lama sangat dating2 ni. huhu. veli dangerous.
frankly speaking, i want to see him everyday...every night and every morning ;D and owh owh..talk to him as much as i can, without limitation of time. call me obsesser but that's me. mau die...mau die.
seriusla perlu kahwin, dah tak sanggup sangap hari hari.nak tunggu 2-3tahun lagi.huuuuu....
kenapala kite perlu ikot banyak sangat prosedur yang bermacam macam. Aku/kami nak dan cuma perlukan akad nikah, sedikit jamuan makan dan tidak perlu hantaran yang memakan beratus ringgit. Ape yang ditakutkan mulut orang, ape yang dikhuatirkan kemeriahannya?
yang penting pasangan yang dah lame menjalinkan persahabatan, yang dah lama berkasih sayang..selamat diijabkabulkan. Owhh..betapa terseksanya empunya badan menanggung rindu sekadar untuk melihat kekasihnya didepan mata. kadang kadang dipujuk hati supaya bersabar..tetap selama mana sabarnya dapat bertahan. #**# off kepada adat yang membelit dan membelenggu.
Hanya kerana duit, hasrat pasangan yang seharusnya mendirikan rumah tangga..menangguhkan hasrat mereka. Mengikat perot bagi mereka yang mencari kewangan sendiri tanpa bantuan keluarga. Beruntung kepada yang dibantui keluarga...anda tahniah!
Ini hanyalah luahan dari manusia yang kerinduan. Kerinduan yang membelenggu diri. KErinduan yang memakan diri. Hampir menjadikan dia lemah. Tapi dikuatkan semangat supaya tuntutan adat dapat dipenuhi...kemeriahan dari saudara mara dapat dirasai. Supaya tiada mulut longkang menjaja cerita betapa murah dan hodohnya perkahwinan si dia. Seksa yang terseksa.
Bagi si dia ini bukan tuntutan nafsu. Ini tuntutan kerinduan dan mengubati kerinduan. Ini tuntutan yang dipenuhi rasa kesabaran. Kesabarn yang kadang kala membuatkan seseorang itu gila dan hilang akal. Kesabaran yang tidak dapat dikawal oleh hati dan kepala otak.
isnin-- this lovely morning agak pelik sikit, i got this good feeling inside..tak tau pasai ape. from my dressing sampaila keje2 design kt ofis ni..huhu..eventhough im not starting designing yet. hahah! baguih btui rase bagus macam ni..haha ;D
might be smalam semua okay..so sampai pagi ni rasa seronok.
cume yang tak bestnye...rase nervous gile2 before art exhibition by early of next month. kena siapkn semua paintings tu..kena jadi anti sosial la bulan ni..tapi ZIG ZAG ZOO harus pergi. Hope i can squeeze a bit of my time to go there. Looking forward to see great artworks from kak ben, kak abby ngan kak felicia.hehe..
malam ni kena siapkn satu painting lagi....berusahaaa! gagagagagag xxx :-s